
Aku ni bolehlah dikatakan kaki muatturun lagu. Sebenarnya, tidak susah untuk mencari lagu. Jaringan dalam dunia maya ini banyak menyediakan lagu-lagu kegemaran anda. Samada anda sedar ataupun tidak, anda mudah mendapatkan apa jenis lagu sekalipun dengan hanya menggunakan enjin pencarian "GOOGLE". Bak kata en. rajak ali... tanya jak ngan pacik google...Confirm ada.
Berbalik kepada cara pencarian, mudah saja:
1. Buka laman web GOOGLE
- Nota kaki: Saya lebih suka menggunakan laman web Google berbanding enjin pencarian lain seperti yahoo dan msn.
2. Taipkan tajuk lagu dan nama penyanyi yang anda ingin cari dan tambahkan penghujung ekstensi fail iaitu .mp3 (sekiranya anda ingin mencari file lagu berbentuk mp3 atau ektensi lain seperti .ogg atau .flac)
Contohnya: Sigur ros - hoppipolla .mp3

3. Tekan butang search dan lihat hasil pencarian. Kebiasaannya fail tersebut ada didapati di laman-laman web penstoran seperti rapidshare, mediafire, hotfile dan lain-lain.

4. Buka laman web tersebut dan muatturun lagu kegemaran anda.
P/s: Jangan slalu download oo....belilah cd ori..kata peminat kipas-susah-mati..hahaha.
Ilmu tuhan..kena sebarkan ni..nda bagus simpan sorang-sorang..hehe
No comments:
Post a Comment