Wednesday, May 5, 2010

Why is it so hard...to be patient

Susah betul mo kawal diri dari perasaan marah. Sometime, aku boleh marah tak tentu pasal...why is it happen? Is it my nature? Is it my habit? Oh God...i need to know.

Wednesday, April 7, 2010

Les Diables (The Devils)




Semalam aku layan movie yang aku baru abis muat turun. Les Diables (2002). Filem dari negara perancis. Aku download movie ni sebab aku tengok banyak award yang movie ni menang. Summary movie ni mention pasal kehidupan dua orang adik beradik yang terbiar, Joseph dan Chloe. Chloe ni ade penyakit autistik. Rujuk ni kalo nak tau apa penyakit ni.

Apa yang buat aku layan movie ni, aku mo tengok macamana Joseph ni jaga adik dia yang ada penyakit ni. Aku mo tengok how strong their bond and how protective Joseph ni. Sekali-sekali layan movie yang serius and menyentuh jiwa ni best jugak. Chloe ni tidak bercakap, tidak boleh disentuh, dan hanya mengikut arahan abangnya, Joseph. Joseph percaya, adiknya akan sembuh sekiranya berjumpa dengan parents dorang semula. So dari sinilah bermulanya journey dorang, lari dari rumah anak-anak yatim, jumpa ibu kandung, teenage angst, kasih sayang antara adik beradik, chloe menunjukkan pemahaman, cubaan bunuh diri, meragut beg tangan, joseph menyerang polis dan ditembak dan chloe sudah tidak lagi takut disentuh.

Dari tajuknya The Devils ni aku terfikir jugak apa yang devilnya. After aku tengok movie ni baru aku faham apsal movie ni tajuknya The Devils.
Secara keseluruhan, movie ni memang mantap. 5/5 rating dari aku. CInematografi yang menarik, lakonan yang mantap melayakkan movie ni dapat 5/5 rating. So kalo mo tengok download la..hehehe..tanya jak pacik google..kompom jumpa.

Wednesday, March 24, 2010

Deftones - Diamond Eyes ~ Review aku

Salam semua..huuu...aku teramatlah sibuk minggu lepas sampai nda sempat mengupdate blog..Nasib baik penyiksaan kerja yang berlambak sudah settle..hehe.



Hari ni, aku mo kongsi pandangan aku tentang album baru deftones yang leak dalam minggu lepas. Sepatutnya album ini dipasarkan pada bulan mei ini tapi entah siapa yang begitu bermurah hati menguploadkan album ini dialam maya (Terima kasih kepada lanun-lanun alam maya yang bekerja keras tanpa mengenal penat lelah..haha).


Deftones - Diamond Eyes
Senarai lagu:
1. Diamond Eyes
2. Royal
3. CMND/CTRL
4. You've Seen the Butcher
5. Beauty School
6. Prince
7. Rocket Skates
8. Sextape
9. Risk
10. 976–EVIL
11. This Place Is Death


Agak lama aku menunggu band kegemaran aku ni keluarkan album baru. Album terakhir yang deftones keluarkan adalah album Saturday Night Wrist. Time tu aku still kerja di Kelana Jaya dalam tahun 2006. Aku masih ingat macammana sanggupnya aku berjalan kaki pergi ke kafe siber yang terdekat semata-mata untuk memuatturun album ini..haha...kenangan yang menarik bagi aku.

Bagi aku deftones adalah band yang sangat unik. Aku suka cara Chino mengalunkan suaranya. Ada kalanya bernada melankolik dan ada masanya dia bernada keras. Album yang sepatutnya deftones keluarkan adalah album EROS tetapi pengeluarannya dihentikan buat sementara disebabkan oleh kemalangan tragik yang melibatkan bassist deftones Chi Cheng. Maka lahirlah album Diamond Eyes ini yang memperkenalkan bassist baru mereka Sergio Vega.

Seawal trek pertama, aku merasakan seolah-olah dibawa menjelajah bersama alunan musik yang separa keras pada korusnya, menyelami nyanyian chino yang begitu sensual dan diiringi musik yang mampu membuatkan kepala anda bergoyang-goyang. Nyanyian chino seolah-olah tidak berhenti dan aku tidak perasan playlist winamp aku telah menunjukkan lagu kedua mereka "Royal". Seolah-olah tidak ada jarak antara lagu pertama dan kedua. Lagu ketiga CMND/CTRL agak keras lagu ini dimainkan. Sekali lagi chino menunjukkan kebolehan beliau sebagai vokalis yang unik. korus yang mendayu diselangi dengan nyanyian padu membuatkan lagu ni menjadi salah satu kegemaran aku dalam album ini. You've Seen the Butcher mula turun temponya.


Lagu kegemaran aku dalam album ini, Beauty school bermula dengan tempo yang mengingatkan aku kepada lagu digital bath. Aku merasakan seolah-olah lagu ini adalah gabungan lagu Be quite and Drive dan Digital Bath. Terasa gelap melodinya dan mainan bass dan drum menambahkan lagi kesuraman yang penuh sensual dan ya...aku suka perasaan ini. Memasuki second half album ini, lagu prince pula kedengaran seperti lagu Elite daripada album White Pony yang penuh energi. Rocket Skates, single pertama daripada album ini berada pada trek ketujuh. Rasanya tidak perlu saya terangkan berkenaan lagu ini kepada pembaca. Aku suka dengan energi suara chino ketika dia melaungkan Gun! Razor! Knives!!! dan tiba-tiba alunan berubah kepada nada musik yang mendatar dan melankolik. Dapat aku bayangkan penonton mengoyangkan kepala ketika lagu ini dinyanyikan secara live. Oh Tuhan...bawakan Deftones ke Malaysia.

Sextape, tajuk yang agak taboo bagi kebanyakan orang. Jika dihayati lagu ini, kedengaran nyanyian jujur chino yang romantik dan mendayu-dayu diiringi dengan riff gitar yang menarik. Lagu ini adalah lagu yang agak perlahan temponya dan aku percaya peminat deftones sememangnya menggemari lagu romantik sebegini. Lagu 976-Evil, agak menarik tajuknya dan atas semangat ingin tahu aku pun meng"google"kan tajuk ini. Rupa-rupanya tajuk ini sama dengan tajuk filem tahun 80-an. Lagu ini juga menurun temponya. Chino menunjukkan kebolehannya dalam bermain nada tinggi dan nada rendah. Album ini diakhiri dengan lagu This Place Is Death.

Secara keseluruhannya, album ini membuktikan kebolehan rocker Sacramento ini dan melenyapkan sama sekali suara-suara luar yang mengatakan band ini lemah dan pincang kerana ketiadaan Chi Cheng. Sebaliknya album ini telah membawa Deftones kepada satu tahap yang baru dan tersendiri. Syabas buat band kegemaran aku...DEFTONES

Nota Kaki:
1. Kalo korang perasan, chino dah kurus..tak macam imej lama Chino time album Deftones dan Saturday Night Wrist.
2. Tiada lagu yang betul2 atmospheric/ambient dalam album ni. Aku minat lagu-lagu camtu. Example lagu Teenager dari album White Pony.
3. Sudah 4 hari album ini mengisi ruang playlist winamp aku dan thumbdrive player kereta aku.

Tuesday, March 16, 2010

Cara muatturun lagu-lagu kegemaran anda

Photobucket

Aku ni bolehlah dikatakan kaki muatturun lagu. Sebenarnya, tidak susah untuk mencari lagu. Jaringan dalam dunia maya ini banyak menyediakan lagu-lagu kegemaran anda. Samada anda sedar ataupun tidak, anda mudah mendapatkan apa jenis lagu sekalipun dengan hanya menggunakan enjin pencarian "GOOGLE". Bak kata en. rajak ali... tanya jak ngan pacik google...Confirm ada.

Berbalik kepada cara pencarian, mudah saja:
1. Buka laman web GOOGLE
- Nota kaki: Saya lebih suka menggunakan laman web Google berbanding enjin pencarian lain seperti yahoo dan msn.

2. Taipkan tajuk lagu dan nama penyanyi yang anda ingin cari dan tambahkan penghujung ekstensi fail iaitu .mp3 (sekiranya anda ingin mencari file lagu berbentuk mp3 atau ektensi lain seperti .ogg atau .flac)
Contohnya: Sigur ros - hoppipolla .mp3



3. Tekan butang search dan lihat hasil pencarian. Kebiasaannya fail tersebut ada didapati di laman-laman web penstoran seperti rapidshare, mediafire, hotfile dan lain-lain.



4. Buka laman web tersebut dan muatturun lagu kegemaran anda.


P/s: Jangan slalu download oo....belilah cd ori..kata peminat kipas-susah-mati..hahaha.
Ilmu tuhan..kena sebarkan ni..nda bagus simpan sorang-sorang..hehe

Pos Pertama

Salam semua,

Post pertama aku...hehehe...apa mo tulis ni ah??

Memandangkan semua orang sibuk mem"blog"kan diri..so aku pun ikut sama menyibukkan diri..hehe.
Aku suka baca blog tapi aku nda pandai mo menulis..Lantak la...tulis jak ikut suka hati..hehe

Walaweh...en. muammar sudah maju..ada blog tu...haha


P/S: 1 minit lagi 4.30..yuhuuu..bos teda oo di opis..aku jadi bos..haha