
Semalam aku layan movie yang aku baru abis muat turun. Les Diables (2002). Filem dari negara perancis. Aku download movie ni sebab aku tengok banyak award yang movie ni menang. Summary movie ni mention pasal kehidupan dua orang adik beradik yang terbiar, Joseph dan Chloe. Chloe ni ade penyakit autistik. Rujuk ni kalo nak tau apa penyakit ni.
Apa yang buat aku layan movie ni, aku mo tengok macamana Joseph ni jaga adik dia yang ada penyakit ni. Aku mo tengok how strong their bond and how protective Joseph ni. Sekali-sekali layan movie yang serius and menyentuh jiwa ni best jugak. Chloe ni tidak bercakap, tidak boleh disentuh, dan hanya mengikut arahan abangnya, Joseph. Joseph percaya, adiknya akan sembuh sekiranya berjumpa dengan parents dorang semula. So dari sinilah bermulanya journey dorang, lari dari rumah anak-anak yatim, jumpa ibu kandung, teenage angst, kasih sayang antara adik beradik, chloe menunjukkan pemahaman, cubaan bunuh diri, meragut beg tangan, joseph menyerang polis dan ditembak dan chloe sudah tidak lagi takut disentuh.
Dari tajuknya The Devils ni aku terfikir jugak apa yang devilnya. After aku tengok movie ni baru aku faham apsal movie ni tajuknya The Devils.
Secara keseluruhan, movie ni memang mantap. 5/5 rating dari aku. CInematografi yang menarik, lakonan yang mantap melayakkan movie ni dapat 5/5 rating. So kalo mo tengok download la..hehehe..tanya jak pacik google..kompom jumpa.